Posted by: dedywidjaya | August 19, 2010

Ramadhan !!! Bulan rezeki untuk anak yatim !!!

Hanya Ramadhan Bulan Anak Yatim???

Hanya Ramadhan Bulan Anak Yatim???

 Taken from http://bujang3.wordpress.com/2010/08/18/ramadhan-bulan-rezeki-untuk-anak-yatim/

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, rumah anak yatim di serata pelusuk negara menjadi tumpuan kepada individu atau syarikat korporat yang ingin beramal dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bagi menjamu anak-anak yatim terbabit.

Semenjak hari pertama umat Islam menyambut puasa, hampir setiap hari ada saja aktiviti jamuan berbuka puasa untuk anak-anak yatim di mana-mana di seluruh negara.. Alhamdulillah !!! Masih ada yang ingat dan mengambil berat kepada golongan anak yatim ini.

Syukurrrr !!!!!

Anak-anak yatim biasanya akan menerima durian runtuh hasil dari sumbangan dan sedekah golongan yang ingin beramal jariah sempena bulan puasa yang datang hanya setahun sekali. Pernah suatu ketika, aku diberitahu bahawa ada diantara anak yatim ini yang menerima sumbangan duit raya sehingga mencecah ke angka RM1,000 ke atas.. Fuh !!! mewah betul… Begitulah bila ada yang berlumba-lumba untuk bersedekah dan memberi sumbangan….

Sekurang-kurangnya, anak-anak yatim yang tak berayah dan beribu ini dapat juga merasai sedikit keseronokan dan nikmat berhari raya walau pun tanpa keluarga di sisi..rasa disayangi dan diambil berat.. !!!

Cuma … !!!

Alangkah sedihnya, kerana situasi begini hanya dapat dirasai oleh anak-anak yatim ini sepanjang 2 bulan sahaja dalam setahun… selepas umat Islam menyambut hari raya, maka rumah-rumah anak yatim akan kembali sunyi dari sebarang bentuk sumbangan….dan anak-anak yatim ini kembali hidup dalam keadaan yang suram tanpa ada yang sudi mengambil tahu…

Pastinya, anak-anak yatim ini mahu disayangi dan diambil berat sepanjang waktu, bukan sekadar di bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.. Namun apakan daya.. sudah tertulis suratan perjalanan kehidupan mereka begitu …

Apa pun, bersyukur, kerana sekurang-kurangnya, mereka masih dapat merasai nikmat disayangi, walau hanya untuk 2 bulan dalam setahun….

Dan sesungguhnya… Ramadhan dan Syawal merupakan bulan rezeki kepada golongan anak-anak yatim ini… Alhamdulillah !!!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: