Posted by: dedywidjaya | June 18, 2009

Kalimat sedekah di dalam al-Qur’an

Taken from : http://www.e-bacaan.com/kalimat_sedekah.htm

Mari Istiqomah Baca Al-Quran

Mari Istiqomah Baca Al-Quran

Di bawah ini diturunkan kesemua 21 ayat al-Qur’an yang mengandungi perkataan sedekah:

2:196. Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya.
(semasa dalam haji)

2:263. Ucapan yang baik, dan keampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya, Penyantun.
2:264. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membatalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang menafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak mempercayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan meninggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka mengusahakan. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
(diikuti gangguan, celaan – batal)

2:271. Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberikan orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa yang kamu buat.
(menampakkan dan merahsiakan; untuk fakir; melepaskan daripada kejahatan)

2:276. Allah menghapuskan riba, tetapi sedekah, Dia membesarkan. Allah tidak menyukai setiap orang yang berdegil dalam ketidakpercayaan, yang berdosa.

2:280. Dan jika ada yang mempunyai kesukaran, berilah dia tangguh hingga masa senang; tetapi jika kamu menyedekahkan, itulah yang lebih baik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahui.
(orang yang berhutang)

4:92. Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut – taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana.
(menyedekahkan ganti rugi)

4:114. Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan pembicaraan rahsia mereka, melainkan bagi orang yang menyuruh memberi sedekah, atau apa yang baik, atau memperbetulkan antara manusia. Sesiapa yang berbuat demikian itu dengan menginginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami akan memberinya upah yang besar.
(pembicaraan rahsia untuk menyuruh bersedekah, membetulkan orang lain)

5:45. Dan di dalamnya Kami menuliskan (menetapkan) untuk mereka bahawa jiwa untuk jiwa, dan mata untuk mata, dan hidung untuk hidung, dan telinga untuk telinga, dan gigi untuk gigi, dan untuk luka ada pembalasan; tetapi sesiapa bersedekah dengannya, maka ia adalah baginya satu penebusan. Dan sesiapa yang tidak menghakimkan menurut apa yang Allah menurunkan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(pembalasan disedekahkan)

9:58. Antara mereka mencari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat berpuas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, maka mereka menjadi marah.
(bergaduh dalam penerimaan sedekah)

9:60. Sedekah adalah untuk orang-orang fakir (yang memerlukan), dan orang-orang miskin, dan yang beramal terhadapnya, dan orang-orang yang hatinya disatukan, dan memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang di jalan Allah, dan musafir; begitulah ketentuan Allah, dan Allah Mengetahui, Bijaksana.
(untuk fakir, miskin, yang beramal terhadap mereka, hati bersatu, memerdekakan hamba, penghutang di jalan Allah, dan musafir)

9:75. Dan antara mereka ada yang membuat perjanjian dengan Allah, “Jika Dia memberikan kami daripada pemberian-Nya, kami akan bersedekah, dan termasuk orang-orang yang salih.”

9:76. Maka apabila Dia memberikan mereka daripada pemberian-Nya, mereka kikir dengannya, dan berpaling, dengan memalingkan.

9:77. Maka akibatnya, Dia meletakkan kemunafikan di dalam hati mereka hingga hari mereka menemui-Nya, kerana mereka memungkiri Allah pada apa yang mereka menjanjikan kepada-Nya, dan kerana merekalah pendusta-pendusta.
(janji nak sedekah semasa susah)

9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang tidak mendapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka memperolok-olokkan – Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.
(memperolok-olokkan sedekah yang kecil)

9:103. Ambillah daripada harta mereka sedekah untuk membersihkan mereka, dan untuk menyucikan mereka dengannya, dan rahmatilah mereka; salawat kamu adalah kerehatan bagi mereka; Allah Mendengar, Mengetahui.
9:104. Adakah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan Dia mengambil sedekah, dan bahawa Allah, Dia Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih?
(daripada harta – untuk membersihkan dan menyucikan; Allah ambil sedekah!!)

12:88. Maka apabila mereka masuk kepadanya, mereka berkata, “Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedekah.”
(kisah Nabi Yusuf dengan abang-abangnya)

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat – bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.
(lelaki perempuan sama)

57:18. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.
(lelaki perempuan sama; pinjaman kepada Allah)

58:12. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia dengan rasul, maka sebelum pembicaraan rahsia kamu, dahulukanlah dengan satu sedekah; itu lebih baik bagi kamu, dan lebih bersih. Namun begitu, jika kamu tidak mendapatkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
58:13. Adakah kamu takut, sebelum pembicaraan rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak mengerjakan, dan Allah menerima taubat kamu, maka lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. Allah menyedari apa yang kamu buat.
(sedekah sebelum bicara rahsia dengan nabi)

63:10. Nafkahkanlah daripada apa yang Kami merezekikan kamu sebelum kematian datang kepada salah seorang daripada kamu, dan dia berkata, “Wahai Pemeliharaku, mengapa tidak Engkau menangguhkan aku kepada satu tempoh yang dekat, supaya aku bersedekah, dan jadilah aku termasuk orang-orang yang salih (baik).”
(minta tangguh kematian kerana hendak bersedekah)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: